Wednesday, March 2, 2011

Penoreh getah hilang sejak 29 disember yang lalu



salam sejahtera,
cuba baca petikan dibawah~

KENINGAU 7 Jan. - Seorang penoreh dilaporkan hilang ketika keluar menoreh di kebunnya di Kampung Marasak di sini sejak 29 Disember lalu.
Julian Maggor, 30, dikatakan keluar menoreh pada pukul 3 pagi pada tarikh itu di kebun getah miliknya yang terletak kira-kira setengah kilometer dari rumah.
Menurut kakak iparnya, Aminah Gungkuk, 46, kali terakhir orang ramai melihat Julian ialah sewaktu dia menghadiri persiapan majlis perkahwinan adik iparnya iaitu pada malam sebelum dia hilang.
"Tiada apa yang berbeza dengan perwatakannya pada malam itu, cuma dia asyik bercerita mengenai harga getah sedang naik pada masa ini.
''Malah tiada sesiapa menyangka dia akan menghilangkan diri secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambah beliau, Julian yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak kebiasaannya hanya membawa lampu suluh, pisau toreh dan juga khemah setiap kali keluar menoreh.
Menurut Aminah, kehilangan Julian pada mulanya tidak diendahkan oleh isteri, anak-anak dan ahli keluarg kerana sudah menjadi kebiasaan bagi dia tidak pulang selama tiga hingga empat hari apabila ke bukit kebun getah miliknya seluas 0.6 hektar.
"Cuma apabila dia masih tidak pulang pada Isnin lalu, barulah kami mula pergi mencari dia di bukit tempat dia menoreh, tetapi gagal menemuinya," katanya.
Menurutnya, semalam, penduduk Kampung Marasak berhimpun untuk mengadakan operasi mencari Julian, namun mereka hanya menemui pisau toreh dan khemah kecil yang ditinggalkan oleh Julian.
Katanya lagi, berikutan itu, isterinya, Helda Bosiluk, 29, mula panik lalu membuat aduan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau.
Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Keningau, Lacius Salagon berkata, sebuah jentera dan kenderaan bomba dengan lapan orang anggota dikerah ke tempat kejadian pada pagi ini untuk mengadakan operasi mencari.
Katanya, gerakan mencari itu turut disertai lima anggota polis, 10 sukarelawan dan 13 orang penduduk kampung.
Kampung Marasak terletak lebih kurang 25 kilometer dari Bandar Keningau dan didiami oleh penduduk tempatan berbangsa Dusun yang masih mengamalkan aktiviti pertanian dan perusahaan kecil-kecilan sebagai sumber utama hidup.
sumber diperolehi disini


kampung ni dekat ja dgn kampung saya dipercayai sampai sekarang belum dijumpai. Kesian kan dgn keluarga beliau. Andai kata korang yang mengalami situasi ni apa perasaan korang?

p/s: hari ini saya tak cool la. Serabut! jiwa kacau ah. harap2 esok yg setia menanti mjanjikan suatu kebahgiaan yang sukar utk diungkapkan dgn kata2. chewaahh.

2 comments:

thomas said...

mungkin dia ke pekan mencari kawan?

Anonymous said...

menurut yg sy dgr mangsa sudah dijumpai kemarin 3/2/2013 d sna hutan bukit linsudan keningau.. esok ia akan di kebumikn. RIP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...